Monday, 26 March 2018

:: Di Sini Bermula... ::

Assalamualaikum,

Setelah dilancarkan secara rasmi pada 22 April 2017 yang lalu, KAF Bukit Damar kini sedang giat mengumpul dan mendaftarkan ahli. KAF adalah sebuah pertubuhan berdaftar yang sah serta diiktiraf pula oleh FELDA. Ia adalah persatuan pasca belia untuk anak-anak Felda terus mencurahkan bakti sehabis usia belia. Justeru, kepada generasi yang berkelayakan tidak kira sama ada anda menetap di dalam mahupun di luar Bukit Damar, mari kita rapatkan saf dengan segera mendaftar sebagai ahli.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Tuan-tuan dan Puan-puan boleh menggunakan mana-mana daripada salah satu kaedah berikut ;

(A) Hubungi JK KAF Bukit Damar seperti senarai di bawah :-

Pengerusi - En. Ismail Saidi b Haron
Timb. Pengerusi - En. Shaari b Salleh
Naib Pengerusi 1 - En. Hazman b Satar
Naib Pengerusi 2 - Pn. Rozana bt Ismail
Setiausaha - Pn. Zarina bt Zainun
Pen. Setiausaha - Pn. Norafzan bt Idris
Bendahari - En. Mohd Isa b Ismail
Pen. Bendahari - Cik Rosnani bt Bidi
Ketua Penerangan - En. Mohd Khadri b Abd Kadir

(B) Layari laman sesawang www.kafmalaysia.com untuk mendaftar secara ONLINE.

Jadi tunggu apa lagi?

MOH MENDAFTAR!!!



Sekian, Terima Kasih.

Wasalam.


KEBERSAMAAN & KEBERSATUAN


#KamiAnakFelda
#KAFMalaysia
#KAFWilayahMempaga
#KAFBukitDamar
#BukitDamarKu







No comments:

Post a Comment

:: Aktiviti KAF Bukit Damar Bersama Pengurusan & Komuniti - Mei 2023 ::

:: Aktiviti KAF Bukit Damar Bersama Pengurusan & Komuniti - Mei 2023 :: Forecast Acara (Mei 2023) 1) Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ber...