Saturday, 17 November 2018

:: Gotong-Royong Perdana Bulanan (Januari 2018) ::

AKTIVITI gotong-royong bulanan bagi penggal 2018 pula diadakan pada 26 Januari 2018 dengan menumpukan kawasan pintu masuk rancangan. Seluruh anggota JK Kemajuan Rancangan bersama-sama masyarakat setempat membersihkan dan mengindahkan kawasan berkenaan. Ini diikuti taklimat atau ‘roll-call’ oleh Tuan Pengurus, Encik Hassan bin Mohamed Ali.

Selesai acara, semua peserta dihidangkan sedikit jamuan dan gotong-royong berakhir sekitar jam 11.30 pagi. Semoga bertemu lagi di dalam program yang sama bulan hadapan.




:: Eksplorasi Ilmu, Kembara Negaraku & Ziarah Kasih ::

PROGRAM ini adalah merupakan siri kunjungan JKKR, GPW, JK Masjid, KAF dan Belia mengiringi wakil rakyat kawasan menziarah pesakit-pesakit kronik & keuzuran yang memerlukan bantuan untuk meringankan beban.

Sesuai dengan tajuk program, selain menjelajah kawasan ceruk kampung banyak juga ilmu yang ditimba oleh anggota masyarakat yang menyertai kembara ini. Selain membuka mata tentang keadaan sama ada individu & keluarga. Malahan mana-mana persekitaran kampung yang perlu dipertingkatkan taraf adalah antara nadi yang diperjuangkan oleh anggota JK demi mengekalkan kesejahteraan agar suasana keharmonian sentiasa terpelihara.

Program dimulakan dengan tazkirah oleh yang berbahagia Al-Fadhil Ustaz Syed Faqeh, Pegawai Seranta Wilayah Mempaga tentang peri pentingnya menyemaikan sikap kasih sayang terhadap anggota masyarakat terutamanya jiran-jiran berhampiran. Kemudian ketibaan YB Dato' Sri Mohd Sharkar bin Shamsudin diiringi PMO kawasan membuka medan perbincangan semasa mengenai keadaan Felda Bukit Damar itu sendiri. Di dalam majlis ini beberapa kertas kerja dan permohonan peruntukan telah dihulurkan kepada YB Dato' Sri untuk diberi perhatian khususnya demi melaksanakan program-program kemasyarakatan dan pembangunan setempat.

Usai sesi dialog santai, kunjungan ziarah pesakit kronik terus dimulakan dari rumah ke rumah. Semoga program ini sentiasa berterusan sepanjang masa demi manfaat seluruh warga Felda Bukit Damar bersama. Terima kasih YB Dato' Sri Mohd Sharkar, kerana sudi meluangkan masa menyantuni warga felda ini dan terima kasih kepada seluruh warga kerja yang terlibat.
















:: Solat & Kuliah Dhuha Bulanan (Januari 2018) ::



AKTIVITI bulanan bagi penggal 2018 diteruskan lagi. Solat Dhuha berjemaah diadakan pada 23 Januari 2018 bertempat di Masjid Jamek Felda Bukit Damar. Solat dipimpin oleh Ustaz Mohd Helmi Bin Shamsuddin, SDA/U bagi Wilayah Mempaga. Bacaan Yaasin juga diadakan selepas solat.


:: Hari Keluarga Felda Lurah Bilut 2018 ::

AHAD, 21 Januari 2018 - Suatu acara anjuran Felda Wilayah Mempaga dengan kerjasama penduduk Felda Lurah Bilut telah diadakan. Acara tersebut iaitu Hari Keluarga Felda Lurah Bilut telah berlangsung dengan jayanya apatah lagi diserikan dengan kehadiran Yang Berbahagia Tan Sri Shahrir Bin Abdul Samad, Pengerusi Felda. Turut hadir sama ialah Yang Berhormat Datuk Seri Liow Tiong Lai, Ahli Parlimen Bentong.

Terdapat berbagai acara menarik sepanjang temasya tersebut yang juga terbuka kepada seluruh warga Felda Wilayah Mempaga. Ini adalah termasuk pertandingan futsal, sukaneka, pameran dan jualan serta cabutan bertuah. Tidak ketinggalan Felda Bukit Damar melalui GPW, KAF dan Belia juga turut menghantar wakil dalam beberapa acara berkenaan.

Selain itu, signifikannya hari keluarga ini diadakan di Felda Lurah Bilut ialah pelancaran Blue Print Felda 2.0 oleh Yang Berbahagia Pengerusi Felda. Felda Lurah Bilut telah dipilih sebagai Felda pertama untuk pelaksanaan Felda 2.0 melalui projek Lembah Digital Bilut atau LDB. 

Projek bandar pintar ini dijangka akan mewujudkan limpahan sosio-ekonomi yang seharusnya direbut melalui RM 30 juta peruntukan setahun bagi pelaksanaan Felda 2.0 di 317 tanah rancangan seluruh negara.



















:: Aktiviti KAF Felda Bukit Damar Sepanjang 2018 ::

Aktiviti Bulan Januari

  • Hari Keluarga Felda Lurah Bilut 2018
  • Solat & Kuliah Dhuha Bulanan (Januari 2018)
  • Eksplorasi Ilmu Kembara Negaraku Dan Ziarah Kasih
  • Gotong-Royong Perdana Bulanan (Januari 2018)
  • Mesyuarat Khas - JK Penganjur Konvoi Rider Felda 2.0
  • Mesyuarat JKKR Bil. 1/2018


Aktiviti Bulan Februari

  • Konvoi Rider Felda 2.0 2018
  • Pelancaran Felda 2.0 dan Perasmian Lembah Digital Bilut (LDB)
  • Edaran Risalah Usahawan KAF Felda
  • Mesyuarat AJK Bil. 1/2018
  • Mesyuarat JKKR Bil. 2/2018
  • Solat & Kuliah Dhuha Bulanan (Februari 2018)
  • Gotong-Royong Perdana Bulanan (Februari 2018)


Aktiviti Bulan Mac

  • Mesyuarat JKKR Bil. 3/2018 & Mesyuarat Khas JKKR - Lawatan Tan Sri Shahrir Abd Samad
  • Gotong-Royong Perdana Bulanan (Mac 2018)
  • Program Ramah Mesra Bersama Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir b. Abd Samad
  • Mesyuarat Khas - JK Penganjur Liga Sukan Felda Bukit Damar
  • Himpunan Usahawan Bumiputera 2018


Aktiviti Bulan April

  • Pelancaran Model Baru Lot Perumahan Generasi Kedua
  • Mesyuarat Khas - JK Penganjur Liga Sukan Felda Bukit Damar - Bil. 2
  • Solat & Kuliah Dhuha Bulanan (April 2018)
  • Mesyuarat JKKR Bil. 4/2018
  • Kelas Tafsir Al-Quran - Surah AnNur
  • Liga Sukan Felda Bukit Damar 2018
  • Fiesta NBOS
  • Jelajah #IniRancanganKita
  • Gotong-Royong Perdana Bulanan (April 2018)
  • Sambutan Ulangtahun Pertama KAF Felda Bukit Damar
  • Mesyuarat AJK Bil. 2/2018


Aktiviti Bulan Mei
  • Mesyuarat JKKR Bil. 5/2018
  • Taddarus Al-Quran Bersama GPW

Aktiviti Bulan Jun

  • Mesyuarat JKKR Bil. 6/2018
  • Gotong-Royong Perdana Bulanan (Jun 2018)
  • Jamuan Hari Raya 2018

Aktiviti Bulan Julai

  • Mesyuarat JKKR Bil. 7/2018
  • Solat & Kuliah Dhuha Bulanan (Julai 2018)
  • Gotong-Royong Perdana Bulanan (Julai 2018)


Aktiviti Bulan Ogos

  • Mesyuarat JKKR Bil. 8/2018
  • MAT Wilayah Mempaga 2018


Aktiviti Bulan September

  • Kaunter Pendaftaran Ahli
  • Solat & Kuliah Dhuha Bulanan (September 2018)
  • Solat Hajat Pelajar UPSR, PT3 & SPM bersama SKBD & SMKBD
  • Kunjungan Hormat Ke Pejabat ADUN Lanchang
  • Mesyuarat JKKR Bil. 9/2018
  • Gotong-Royong Perdana Bulanan (September 2018)


Aktiviti Bulan Oktober

  • Solat & Kuliah Dhuha Bulanan (Oktober 2018)
  • Trip Langkawi 2018 (Jasamu Dikenang)
  • Hari Koperasi Sekolah SMKBD
  • Kelas Tafsir Al-Quran - Surah AnNur
  • Mesyuarat JKKR Bil. 10/2018


Aktiviti Bulan November

  • Mesyuarat JKKR Bil. 11/2018
  • Solat & Kuliah Dhuha Bulanan (November 2018)
  • Gotong-Royong Perdana Bulanan (November 2018)

Aktiviti Bulan Disember

  • Ceramah Maulidur Rasul
  • Himpunan Aman Kesyukuran ICERD
  • Ziarah Kasih
  • Gotong-Royong Perdana Bulanan (Disember 2018)
  • Mesyuarat JKKR Bil. 12/2018
  • Mesyuarat AJK Bil. 3/2018
  • Mengiringi Delegasi Panel Penilaian AKKF 2018



:: Aktiviti KAF Bukit Damar Bersama Pengurusan & Komuniti - Mei 2023 ::

:: Aktiviti KAF Bukit Damar Bersama Pengurusan & Komuniti - Mei 2023 :: Forecast Acara (Mei 2023) 1) Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ber...