PROGRAM ini adalah merupakan siri kunjungan JKKR, GPW, JK Masjid, KAF dan Belia mengiringi wakil rakyat kawasan menziarah pesakit-pesakit kronik & keuzuran yang memerlukan bantuan untuk meringankan beban.
Sesuai dengan tajuk program, selain menjelajah kawasan ceruk kampung banyak juga ilmu yang ditimba oleh anggota masyarakat yang menyertai kembara ini. Selain membuka mata tentang keadaan sama ada individu & keluarga. Malahan mana-mana persekitaran kampung yang perlu dipertingkatkan taraf adalah antara nadi yang diperjuangkan oleh anggota JK demi mengekalkan kesejahteraan agar suasana keharmonian sentiasa terpelihara.
Program dimulakan dengan tazkirah oleh yang berbahagia Al-Fadhil Ustaz Syed Faqeh, Pegawai Seranta Wilayah Mempaga tentang peri pentingnya menyemaikan sikap kasih sayang terhadap anggota masyarakat terutamanya jiran-jiran berhampiran. Kemudian ketibaan YB Dato' Sri Mohd Sharkar bin Shamsudin diiringi PMO kawasan membuka medan perbincangan semasa mengenai keadaan Felda Bukit Damar itu sendiri. Di dalam majlis ini beberapa kertas kerja dan permohonan peruntukan telah dihulurkan kepada YB Dato' Sri untuk diberi perhatian khususnya demi melaksanakan program-program kemasyarakatan dan pembangunan setempat.
Usai sesi dialog santai, kunjungan ziarah pesakit kronik terus dimulakan dari rumah ke rumah. Semoga program ini sentiasa berterusan sepanjang masa demi manfaat seluruh warga Felda Bukit Damar bersama. Terima kasih YB Dato' Sri Mohd Sharkar, kerana sudi meluangkan masa menyantuni warga felda ini dan terima kasih kepada seluruh warga kerja yang terlibat.















No comments:
Post a Comment