Saturday, 17 November 2018

:: Hari Keluarga Felda Lurah Bilut 2018 ::

AHAD, 21 Januari 2018 - Suatu acara anjuran Felda Wilayah Mempaga dengan kerjasama penduduk Felda Lurah Bilut telah diadakan. Acara tersebut iaitu Hari Keluarga Felda Lurah Bilut telah berlangsung dengan jayanya apatah lagi diserikan dengan kehadiran Yang Berbahagia Tan Sri Shahrir Bin Abdul Samad, Pengerusi Felda. Turut hadir sama ialah Yang Berhormat Datuk Seri Liow Tiong Lai, Ahli Parlimen Bentong.

Terdapat berbagai acara menarik sepanjang temasya tersebut yang juga terbuka kepada seluruh warga Felda Wilayah Mempaga. Ini adalah termasuk pertandingan futsal, sukaneka, pameran dan jualan serta cabutan bertuah. Tidak ketinggalan Felda Bukit Damar melalui GPW, KAF dan Belia juga turut menghantar wakil dalam beberapa acara berkenaan.

Selain itu, signifikannya hari keluarga ini diadakan di Felda Lurah Bilut ialah pelancaran Blue Print Felda 2.0 oleh Yang Berbahagia Pengerusi Felda. Felda Lurah Bilut telah dipilih sebagai Felda pertama untuk pelaksanaan Felda 2.0 melalui projek Lembah Digital Bilut atau LDB. 

Projek bandar pintar ini dijangka akan mewujudkan limpahan sosio-ekonomi yang seharusnya direbut melalui RM 30 juta peruntukan setahun bagi pelaksanaan Felda 2.0 di 317 tanah rancangan seluruh negara.



















No comments:

Post a Comment

:: Aktiviti KAF Bukit Damar Bersama Pengurusan & Komuniti - Mei 2023 ::

:: Aktiviti KAF Bukit Damar Bersama Pengurusan & Komuniti - Mei 2023 :: Forecast Acara (Mei 2023) 1) Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ber...