Thursday, 18 April 2019

:: INFO :: Gotong-Royong Perdana (Bulan April 2019) ::



Assalamualaikum...
Kekuatan kita sebenarnya terletak pada muafakat dan cara kita mengekalkan tradisi kemuafakatan tu. Kalau dulu tiap malam jumaat kita bergilir-gilir tahlil dan yaasin rumah ke rumah berteman lampu geslen. Bergotong-royong, merewang kenduri kendara. Itulah tradisi murni yang seharusnya kita kekalkan.
Tak lama lagi bulan puasa menjelang. Harapnya tradisi bertukar-tukar juadah berbuka puasa kembali dimeriahkan. Tentu menarik seperti mana dahulukala, kadang-kadang sampai tahap talam bertukar talam. Punyalah mewah dan murahnya rezeki Tuhan kurniakan. Di samping perhatikan jiran-jiran kita mungkin ada yang amat memerlukan. Keberkatan pun terus terpancur mengalir menyamankan silaturahim.
Itu cerita bulan puasa nanti. Ini cerita untuk esok.
Moh kita kekalkan tradisi bergotong-royong. Bersihkan dan cantikkan kawasan tanpa ada rasa jemu. Kalau tidak kita yang hidupkan tradisi ini, siapalah lagi yang akan meneruskan? Kerana itulah kekuatan kita yang menjadikan kemasyarakatan itu sesuatu yang amat indah untuk kita amalkan dan nikmati turun-temurun.
Salam Perjuangan. Salam Kebersamaan & Kebersatuan.

*Jumpa besok pagi weihhh oraa-oraa kampoung!~ Heekkk yaaakk aokk!~

-Admin-

:: Aktiviti KAF Bukit Damar Bersama Pengurusan & Komuniti - Mei 2023 ::

:: Aktiviti KAF Bukit Damar Bersama Pengurusan & Komuniti - Mei 2023 :: Forecast Acara (Mei 2023) 1) Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ber...