Aktiviti Bulan Januari 2020
• 03/01/2020 - Kuliah Tafsir Surah An-Nur, Ustazah Alawiyyah Bt Kasdan
• 07/01/2020 - Kuliah Maghrib, Ust. Abd Razak
• 14/01/2020 - Kuliah Maghrib, Ust. Abd Razak
• 16/01/2020 - Bacaan Yaasin Bersama GPW Bukit Damar
• 18/01/2020 - Trip Kembara Ilmu, Seminar Packaging, Labelling & Barcode.
• 21/01/2020 - Mesyuarat JKKR/GPW Bil. 01/2020
• 21/01/2020 - Jamuan Perpisahan Pen. Pengurus/Penyelia FELDA Bukit Damar
• 21/01/2020 - Kuliah Maghrib, Ust. Abd Razak
• 24/01/2020 - Gotong-Royong Perdana Januari & Tahlil
• 28/01/2020 - Kuliah Maghrib, Ust. Abd Razak
• 29/01/2020 - Majlis Tahlil & Doa di rumah penyelia baru FELDA Bukit Damar, En. Nor Azmin bin Abd Samad
• 30/01/2020 - Ziarah Kasih Komuniti Siri 1/2020
• 31/01/2020 - Kuliah Tafsir Surah An-Nur, Ustazah Alawiyyah Bt Kasdan
Aktiviti Bulan Februari 2020
• 03-07/02/2020 - Kursus Asas ICT Anjuran Pusat Internet FELDA Bukit Damar Bersama KAF Bukit Damar.
• 11/02/2020 - Hari Sukan Sekolah SK Bukit Damar 2020 Anjuran SKBD & PIBG.
• 17/02/2020 - Sarana Ibu Bapa & Komuniti (KAF) SMK Bukit Damar - Program Penyayang & Ziarah Cakna.
• 18/02/2020 - Hari Sukaneka & Ladies Night FELDA Wilayah Mempaga 2020.
• 19/02/2020 - Gotong Royong Perdana Bulanan (Bulan Februari) Di Kawasan Masjid Jamek FELDA Bukit Damar.
• 20/02/2020 - Mesy. JKKR Bil. 2/2020.
• 21-23/02/2020 - Karnival AEON Kredit & FELDA 2020 di FELDA Lurah Bilut.
• 22/02/2020 - Pasukan Penyokong. Akademi Bolasepak FELDA (ABF) vs SVian FC. Perlawanan Liga Bolasepak Footykids & Perlawanan Persahabatan FUFC vs UKM FC.
• 23/02/2020 - Majlis MoU & Pelancaran Pusat Ternakan Inkubator KELIDAMAR Yang Pertama.
• 25/02/2020 - Ziarah Komuniti FELDA Bukit Damar.
• 25/02/2020 - Hari Anugerah Pelatih PPDK Damaria 2019/2020.
• 26/02/2020 - Santai Kopi2 - Bicara Santai usahawan@kafbukitdamar.
• 27/02/2020 - Solat & Kuliah Dhuha Bulanan (Februari).
# Hantaran ini akan sentiasa dikemaskini sehingga akhir bulan. Terima Kasih
Thursday, 30 January 2020
Wednesday, 29 January 2020
:: Ziarah Kasih Komuniti FELDA Bukit Damar Siri 1/2020 ::
30 Januari 2020 - Bulan Januari 2020 yang seakan panjang ini akhirnya melabuhkan tirainya dengan program lawatan dan ziarah ke rumah warga keuzuran dan kekurangan.
Kumpulan Ziarah Kasih Komuniti ini disertai oleh anggota JKKR, JK Masjid, GPW, Belia dan KAF diketuai oleh Tn Hj Harun bin Husin selaku Timb Ketua Peneroka FELDA Bukit Damar. Untuk makluman juga Ketua Peneroka/Tok 4 FELDA Bukit Damar kini sedang menjalani pembedahan jantung di Kuala Lumpur. Bersamalah kita mendoakan kesejahteraan Tok 4 kita, Tn Hj Ali bin Katmo agar beliau kembali sembuh seperti sediakala. Berbalik kepada Ziarah Kasih Komuniti, seperti lazimnya 4 buah rumah akan dilawati.
Kali ini tumpuan dan perhatian diberikan ke rumah :-
) No. 47, Blok 3 - Ayahanda Bakri bin Hamiri menziarahi menantu beliau.
2) No. 68, Blok 4 - Bonda Habsah binti Said.
3) No. 30, Blok 2 - Bonda Kamariah bt Osman yang terlantar sekian lama.
4) No. 132, Blok 7 - Ayahanda Mohd Sidek bin Mahmud.
Melalui kunjungan ini sedikit sebanyak dapatlah mengubati semangat dengan bertanya khabar, mengikat tali kasih sayang sesama masyarakat selain meringankan beban melalui sumbangan yang disampaikan.
Semoga warga Bukit Damar terus dilimpahkan dengan keberkatan. Hanya doa yang terbaik terus dipanjatkan kepada Illahi.
#BukitDamarKu
#KomeSepakatSokmo
#KomunitiSihat2020
#KebersamaanDanKebersatuan
----------------------------------------------------------
*Kemaskini :
Sehingga laporan ini dipos, admin menerima perkhabaran bahawa peneroka kita, Ayahanda Mahamad bin Long (Mat Long - Blok 6) kini terlantar di Hospital Temerloh akibat serangan jantung. Marilah kita memanjatkan doa agar segala urusannya dipermudahkan dan ayahanda Mat Long kembali sihat semula. InsyaAllah. Aamiin...

:: Gotong-Royong Perdana (Januari) 2020 FELDA Bukit Damar. ::
Tarikh : 24 Januari 2020 (Jumaat)
Masa : Bermula 8.00 pagi
Tempat : Tanah Perkuburan Islam, FELDA Bukit Damar
Tirai kesepakatan komuniti FELDA Bukit Damar untuk tahun 2020 dibuka dengan penganjuran program Gotong Royong Perdana (Januari) 2020. Seperti mana lazimnya selain gotong-royong membersih dan mencantikkan kawasan mengikut kelapangan ahli blok masing-masing, Gotong-Royong Perdana adalah suatu rutin bulanan yang dijalankan dengan melibatkan seluruh lapisan masyarakat. Justeru, untuk bulan pertama ini kawasan tanah perkuburan menjadi tumpuan warganya.
Selain keanggotaan berbagai badan seperti JKKR, GPW, JK Masjid, Belia dan KAF, para waris sendiri dengan sukarela melapangkan masa menyertai program ini. Secara tidak langsung objektif acara ini untuk meneruskan kemuafakatan komuniti di samping mengingati mereka yang telah tiada telah pun tercapai. Program dimulakan dengan pembersihan kawasan beramai-ramai diikuti bacaan tahlil serta doa untuk dihadiahkan kepada anggota keluarga yang lebih dahulu pergi menemui Pencipta. Majlis tahlil dan doa di pimpin oleh Tn Hj Shamsuri bin Sangid, mantan Guru Besar dan pengasas Madrasah Nurul Islam (kini SAR Nurul Islam) FELDA Bukit Damar.
Usai bergotong royong dan bertahlil, semua anggota dihidangkan jamuan ringan yang disediakan oleh pihak GPW. Semoga bertemu lagi di lain program kemasyarakatan. Terima kasih dan tahniah kepada semua yang hadir...

:: Majlis Jamuan Perpisahan Pengurus/Penyelia FELDA Bukit Damar ::
21 Januari 2020 - Bertempat di Wisma JKKR FELDA Bukit Damar, suatu majlis jamuan perpisahan telah diadakan bagi meraikan :-
1) Kenaikan pangkat, En. Khairuddin bin Ismail daripada Pen. Pengurus FELDA Bukit Damar ke Pengurus Rancangan FELDA Sg. Koyan 01.
2) Pertukaran En Md Sobri daripada Pen. Pengurus FTP FELDA Bukit Damar ke Pen. Pengurus FTP FELDA Kg. Sertik.
3) Pertukaran En Syed Rosdi bin Tuan Hazam daripada Penyelia FELDA Bukit Damar ke Penyelia FELDA Mempaga 01.
Majlis dimulakan dengan ucapan perpisahan oleh Pn Hjh Zaleha Abd Shukor, Tn Hj Ali bin Katmo, En. Khairuddin, En Md Sobri dan ucapan penutup oleh En Hassan bin Mohamed Ali, Pengurus Rancangan FELDA Bukit Damar. Kemudian acara penyampaian cenderamata penghargaan serta kenangan daripada wakil badan-badan JK Rancangan kepada semua Pengurus/Penyelia yang bertukar. Kepada semua Pengurus/Pegawai yang berpindah rancangan, kami warga FELDA Bukit Damar mengucapkan ribuan terima kasih atas segala jasa baik dan kerjasama selama berada di sini. Semoga tuan-tuan semua maju jaya di dalam setiap lapangan.

:: Mesyuarat JKKR/GPW FELDA Bukit Damar Bil. 1/2020 ::
Tarikh : 21 Januari 2020 (Selasa)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat JKKR (Wisma 1), FELDA Bukit Damar.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengurus Rancangan, Encik Hassan bin Mohamed Ali. Turut hadir ialah En. Sazli bin Sabran, Pengurus FTP FELDA Bukit Damar/Lakum, Tn Hj Ali bin Katmo, Ketua Peneroka. Pn Hj Zaleha Abd Shukor, Pengerusi GPW, semua ketua-ketua blok, AJK GPW, Pengerusi MBFM Bukit Damar dan penyelia-penyelia rancangan.

Thursday, 16 January 2020
:: Trip Kembara Ilmu - Seminar packaging, Labelling & Barcode. ::
TRIP KEMBARA ILMU
Seminar Packaging, Labelling dan Barcode
Seminar ini memberi pendedahan packaging yang sesuai dengan produk anda.
✒Apa sepatutnya anda tulis pada label produk anda
✒Mengapa packaging dan labelling produk anda perlu barcode.
✒ Kepentingan JENAMA produk anda.
✒Ketahui Agensi Kerajaan yang boleh beri bantuan melalui geran.
---------------------------------------
Tarikh :
Sabtu, 18 Januari 2020
Masa :
10.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi :
PUSAT LATIHAN KUMPRO
2-1, JALAN PUSAT BCH 1/1 , BANDAR COUNTRY HOMES, 48000 RAWANG, SELANGOR DE.
---------------------------------------
Yuran Penyertaan + Car Pool
RM70 Seorang Sahaja
*Pick-Up Point : Tapak Pasar Malam, FELDA Bukit Damar @ 7.30 pagi.
Ayuh! daftar segera. Tempat adalah terhad!!!

Subscribe to:
Comments (Atom)
:: Aktiviti KAF Bukit Damar Bersama Pengurusan & Komuniti - Mei 2023 ::
:: Aktiviti KAF Bukit Damar Bersama Pengurusan & Komuniti - Mei 2023 :: Forecast Acara (Mei 2023) 1) Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ber...
-
AKTIVITI gotong-royong bulanan bagi penggal 2018 pula diadakan pada 26 Januari 2018 dengan menumpukan kawasan pintu masuk rancangan. Selur...