Wednesday, 29 January 2020

:: Gotong-Royong Perdana (Januari) 2020 FELDA Bukit Damar. ::

Tarikh : 24 Januari 2020 (Jumaat)
Masa : Bermula 8.00 pagi
Tempat : Tanah Perkuburan Islam, FELDA Bukit Damar

Tirai kesepakatan komuniti FELDA Bukit Damar untuk tahun 2020 dibuka dengan penganjuran program Gotong Royong Perdana (Januari) 2020. Seperti mana lazimnya selain gotong-royong membersih dan mencantikkan kawasan mengikut kelapangan ahli blok masing-masing, Gotong-Royong Perdana adalah suatu rutin bulanan yang dijalankan dengan melibatkan seluruh lapisan masyarakat. Justeru, untuk bulan pertama ini kawasan tanah perkuburan menjadi tumpuan warganya.

Selain keanggotaan berbagai badan seperti JKKR, GPW, JK Masjid, Belia dan KAF, para waris sendiri dengan sukarela melapangkan masa menyertai program ini. Secara tidak langsung objektif acara ini untuk meneruskan kemuafakatan komuniti di samping mengingati mereka yang telah tiada telah pun tercapai. Program dimulakan dengan pembersihan kawasan beramai-ramai diikuti bacaan tahlil serta doa untuk dihadiahkan kepada anggota keluarga yang lebih dahulu pergi menemui Pencipta. Majlis tahlil dan doa di pimpin oleh Tn Hj Shamsuri bin Sangid, mantan Guru Besar dan pengasas Madrasah Nurul Islam (kini SAR Nurul Islam) FELDA Bukit Damar.

Usai bergotong royong dan bertahlil, semua anggota dihidangkan jamuan ringan yang disediakan oleh pihak GPW. Semoga bertemu lagi di lain program kemasyarakatan. Terima kasih dan tahniah kepada semua yang hadir...








No comments:

Post a Comment

:: Aktiviti KAF Bukit Damar Bersama Pengurusan & Komuniti - Mei 2023 ::

:: Aktiviti KAF Bukit Damar Bersama Pengurusan & Komuniti - Mei 2023 :: Forecast Acara (Mei 2023) 1) Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ber...