Wednesday, 29 January 2020

:: Majlis Jamuan Perpisahan Pengurus/Penyelia FELDA Bukit Damar ::

21 Januari 2020 - Bertempat di Wisma JKKR FELDA Bukit Damar, suatu majlis jamuan perpisahan telah diadakan bagi meraikan :-

1) Kenaikan pangkat, En. Khairuddin bin Ismail daripada Pen. Pengurus FELDA Bukit Damar ke Pengurus Rancangan FELDA Sg. Koyan 01.
2) Pertukaran En Md Sobri daripada Pen. Pengurus FTP FELDA Bukit Damar ke Pen. Pengurus FTP FELDA Kg. Sertik.
3) Pertukaran En Syed Rosdi bin Tuan Hazam daripada Penyelia FELDA Bukit Damar ke Penyelia FELDA Mempaga 01.

Majlis dimulakan dengan ucapan perpisahan oleh Pn Hjh Zaleha Abd Shukor, Tn Hj Ali bin Katmo, En. Khairuddin, En Md Sobri dan ucapan penutup oleh En Hassan bin Mohamed Ali, Pengurus Rancangan FELDA Bukit Damar. Kemudian acara penyampaian cenderamata penghargaan serta kenangan daripada wakil badan-badan JK Rancangan kepada semua Pengurus/Penyelia yang bertukar. Kepada semua Pengurus/Pegawai yang berpindah rancangan, kami warga FELDA Bukit Damar mengucapkan ribuan terima kasih atas segala jasa baik dan kerjasama selama berada di sini. Semoga tuan-tuan semua maju jaya di dalam setiap lapangan.






No comments:

Post a Comment

:: Aktiviti KAF Bukit Damar Bersama Pengurusan & Komuniti - Mei 2023 ::

:: Aktiviti KAF Bukit Damar Bersama Pengurusan & Komuniti - Mei 2023 :: Forecast Acara (Mei 2023) 1) Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ber...