Wednesday, 29 January 2020

:: Ziarah Kasih Komuniti FELDA Bukit Damar Siri 1/2020 ::

30 Januari 2020 - Bulan Januari 2020 yang seakan panjang ini akhirnya melabuhkan tirainya dengan program lawatan dan ziarah ke rumah warga keuzuran dan kekurangan.

Kumpulan Ziarah Kasih Komuniti ini disertai oleh anggota JKKR, JK Masjid, GPW, Belia dan KAF diketuai oleh Tn Hj Harun bin Husin selaku Timb Ketua Peneroka FELDA Bukit Damar. Untuk makluman juga Ketua Peneroka/Tok 4 FELDA Bukit Damar kini sedang menjalani pembedahan jantung di Kuala Lumpur. Bersamalah kita mendoakan kesejahteraan Tok 4 kita, Tn Hj Ali bin Katmo agar beliau kembali sembuh seperti sediakala. Berbalik kepada Ziarah Kasih Komuniti, seperti lazimnya 4 buah rumah akan dilawati.

Kali ini tumpuan dan perhatian diberikan ke rumah :-

) No. 47, Blok 3 - Ayahanda Bakri bin Hamiri menziarahi menantu beliau.
2) No. 68, Blok 4 - Bonda Habsah binti Said.
3) No. 30, Blok 2 - Bonda Kamariah bt Osman yang terlantar sekian lama.
4) No. 132, Blok 7 - Ayahanda Mohd Sidek bin Mahmud.

Melalui kunjungan ini sedikit sebanyak dapatlah mengubati semangat dengan bertanya khabar, mengikat tali kasih sayang sesama masyarakat selain meringankan beban melalui sumbangan yang disampaikan.

Semoga warga Bukit Damar terus dilimpahkan dengan keberkatan. Hanya doa yang terbaik terus dipanjatkan kepada Illahi.

#BukitDamarKu
#KomeSepakatSokmo
#KomunitiSihat2020
#KebersamaanDanKebersatuan
----------------------------------------------------------
*Kemaskini :
Sehingga laporan ini dipos, admin menerima perkhabaran bahawa peneroka kita, Ayahanda Mahamad bin Long (Mat Long - Blok 6) kini terlantar di Hospital Temerloh akibat serangan jantung. Marilah kita memanjatkan doa agar segala urusannya dipermudahkan dan ayahanda Mat Long kembali sihat semula. InsyaAllah. Aamiin...


No comments:

Post a Comment

:: Aktiviti KAF Bukit Damar Bersama Pengurusan & Komuniti - Mei 2023 ::

:: Aktiviti KAF Bukit Damar Bersama Pengurusan & Komuniti - Mei 2023 :: Forecast Acara (Mei 2023) 1) Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ber...