Persidangan Mesyuarat Agung Tahunan KAF Malaysia Kali Ke-2 2019 bakal diadakan pada 22 hingga 23 Februari 2019. Bertempat di Gunung Ledang Resort, Tangkak, Johor Darul Takzim persidangan ini adalah tempat berkumpulnya perwakilan KAF seluruh Malaysia.
Untuk itu, KAF Bukit Damar turut menghantar perwakilan bersama para perwakilan lain bagi Felda Wilayah Mempaga. Berikut adalah nama perwakilan Felda Bukit Damar yang akan turut serta di dalam persidangan itu nanti;
- Ismail Saidi Bin Harun
- Shaari Bin Salleh
- Ahmad Shukri Bin Kasmuri
- Hamisah Binti Harun
- Nor Hasniza Binti Abd Manaf
Semoga persidangan ini akan mencetuskan lagi semangat KAF untuk bergerak maju ke hadapan di samping menjana idea-idea baru seiring dengan perkembangan semasa.
Selamat Bersidang!


No comments:
Post a Comment