Masa : 3.00 Petang
Tempat : Yana Corner
Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengerusi KAF Felda Bukit Damar, Sdr. Ismail Saidi bin Haron turut dihadiri oleh Pengerusi MBFM FELDA Bukit Damar, Sdr. Mohd Khairul Hafizi bin Abas serta AJK kedua-dua badan membincangkan kerjasama KAF dan MBFM membentuk dan menguruskan pasukan bola sepak dan bola jaring bagi menghadapi Kejohanan Liga Piala KAF Wilayah Mempaga.
Selain itu mesyuarat dalam suasana sesi santai ini, turut membincangkan tentang rancangan berkaitan penganjuran program sukan di masa hadapan selain pengukuhan bidang-bidang sukan yang popular di sekitar rancangan.
Ringkasnya, jadual aktiviti yang dirancang untuk diadakan adalah seperti berikut :
Oktober -
- Perlawanan Persahabatan Badminton Bersama Komuniti Anjuran MBFM dan KAF Bersempena Bulan Sukan Negara.
- Kejohanan Liga Bola Sepak 9 Sebelah dan Bola Jaring Piala KAF 2019.
Disember -
- Fun Walk @ FELDA Bukit Damar 2019.
Begitu juga beberapa bidang sukan telah dikenalpasti untuk diperkukuhkan kegiatannya serta dinaiktaraf kemudahannya iaitu :
- Bola Tampar.
- Sepak Takraw.
- Petanque.
Semoga kerja sama baik KAF bersama MBFM ini akan memacu kegiatan dan aktiviti sihat, cergas lagi bermanfaat kepada masyarakat setempat.
Mesyuarat ditangguhkan dan bersurai pada jam 4.30 petang.





No comments:
Post a Comment